Logo APEC 2020 berinspirasikan bunga kebangsaan Malaysia, iaitu Bunga Raya. Ia membawa maksud yang simbolik bagi meraikan penyatuan dan kepelbagaian.

21 kelopak yang bergabung untuk membentuk sebuah kuntuman cantik melambangkan semangat 21 ahli ekonomi APEC yang bersatu dalam mencapai integrasi ekonomi serantau, bagi pertumbuhan ekonomi yang mampan dan makmur untuk rantau Asia Pasifik.

Di sebalik kepelbagaian ahli-ahli ekonomi APEC yang terserlah melalui penggunaan beberapa variasi warna tona merah, tiga pistil di tengah kuntuman bunga tersebut menggambarkan ombak Lautan Pasifik yang menghubungkan ahli-ahli di bawah platform APEC dengan berteraskan prinsip-prinsip konsensus, sukarela dan tiada ikatan.

Bintang berbucu 14 pula melambangkan 14 negeri di Malaysia dan bintang tersebut mewakili inspirasi ahli-ahli ekonomi APEC ke arah visi pasca-2020.

X