Penganjuran APEC 2020 adalah untuk memberi manfaat secara langsung kepada golongan industri mikro, kecil dan sederhana (SME). Peralatan mesyuarat dan keperluan penganjuran dalam bentuk barangan, produk dan perkhidmatan akan diperoleh daripada syarikat-syarikat tempatan, dengan keutamaan diberikan kepada industri mikro, kecil dan sederhana. Golongan SME tempatan akan mendapat keuntungan bukan sahaja melalui penganjuran ini, malah juga daripada pendedahan kepada acara bertaraf antarabangsa. Acara-acara sampingan kepada mesyuarat-mesyuarat APEC merupakan program-program yang dianjurkan untuk perniagaan-perniagaan di Malaysia, termasuk syarikat-syarikat SME, perniagaan sosial, dan start-ups untuk mempamerkan produk-produk mereka kepada pembeli-pembeli berpotensi.

#MyAPEC2020

Success Stories of SMEs

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.

X