Tema bagi APEC 2020 ialah ‘MENGOPTIMUMKAN POTENSI INSAN KE ARAH MASA HADAPAN YANG MEMBAWA KEMAKMURAN BERSAMA’.

Malaysia akan berusaha untuk membawa APEC lebih dekat kepada masyarakat, dengan objektif untuk menghasilkan kerjasama yang lebih seimbang dan saksama di kalangan ahli-ahli APEC untuk mengecapi pembangunan yang lebih inklusif dan mampan di rantau Asia-Pasifik. Manfaat yang akan diperoleh melalui APEC akan diterjemahkan kepada bentuk yang lebih mudah difahami oleh orang awam secara umumnya.

Konsep APEC 2020

Kemakmuran Bersama

Kemakmuran Bersama merupakan mesej utama yang akan dibawa oleh semua bidang keutamaan dan inisiatif-inisiatif APEC pada tahun 2020. Malaysia mensasarkan untuk mencapai keseimbangan di antara ekonomi yang membangun dan yang sedang membangun menerusi kerjasama yang saksama dan tulen di dalam kesemua bidang keutamaan untuk mewujudkan pembangunan yang inklusif dan mampan. Dengan visi Kemakmuran Bersama ini, ahli-ahli ekonomi APEC boleh memfokus semula perdagangan dan pelaburan yang lebih inklusif, memandangkan kerjasama serantau boleh mengurangkan jurang ketidaksamaan di dalam dan luar negara.

Kerjasama ekonomi serantau dan integrasi boleh membantu ekonomi yang kurang membangun untuk berkembang dengan lebih pesat dengan memanfaatkan kekuatan ekonomi yang lebih membangun, dan menggunakan kelebihan masing-masing bagi kebaikan bersama. Kerjasama serantau boleh turut membantu menyelesaikan masalah bersama.

Insan/Manusia/Masyarakat

Kemunculan Revolusi Industri ke-4 yang dibawa hasil digitalisasi, robotik, kecerdasan buatan, analisis data besar, kemajuan automasi dan dan kedatangan banyak teknologi baru membawa perubahan besar dalam kehidupan kita dan merubah cara perniagaan dijalankan pada masa kini. Cabaran yang dihadapi kini ialah untuk memastikan tiada yang akan ketinggalan di zaman moden ini. Adalah kritikal agar program-program dan inisiatif-inisiatif bagi APEC 2020 direka khas untuk menangani gangguan dan ketidaksamaan, kerana ketidaksamaan adalah tidak baik untuk pertumbuhan ekonomi, dan negatif untuk kesejahteraan sosial.

Masa Hadapan

Tahun 2020 melambangkan kematangan Bogor Goals yang telah dilancarkan pada tahun 1994. Malaysia adalah berbangga kerana telah diamanahkan dengan tanggungjawab untuk memimpin visi baru APEC pasca 2020 dengan ahli-ahli ekonomi yang lain. Visi baru ini akan menjadi masa depan dan hala tuju APEC.

Pemacu-pemacu Tema ini ialah bidang-bidang keutamaan berikut:

  1. Improving the narrative of trade and investment;
  2. Inclusive economic participation through digital economy and techology; dan
  3. Driving innovative sustainability.

BIDANG KEUTAMAAN 1: Improving the Narrative of Trade and Investment

Memandangkan APEC merupakan sebuah forum ekonomi serantau, adalah menjadi kelaziman bagi tuan rumah APEC untuk mengutamakan integrasi ekonomi serantau sebagai salah satu daripada Bidang Keutamaan sewaktu tahun penganjuran. Di bawah Bidang Keutamaan ini, Malaysia akan membincangkan isu global semasa yang boleh mengembalikan keyakinan terhadap manfaat perdagangan dan pelaburan bebas. Fokus akan diberi kepada pertumbuhan yang seimbang, inklusif dan mampan melalui integrasi ekonomi serantau ke arah kesejahteraan masyarakat.

Naratif tradisional yang merupakan kelaziman sebelum ini ialah perdagangan dan pelaburan menguntungkan perniagaan, dan ini akan mewujudkan manfaat sosial yang akan dikongsikan bersama, seterusnya akan meningkatkan taraf kehidupan secara umumnya. Namun begitu, lebih banyak perbincangan mengenai ketidaksamarataan telah dibangkitkan berkenaan isu-isu ekonomi. Ini membawa kepada sentimen populisme yang beranggapan konsentrasi kekayaan adalah berbahaya dan mengancam kemajuan manusia dan perpaduan sosial.
Disebabkan oleh sentimen sedemikian, Malaysia beraspirasi untuk mengubah naratif bagi perdagangan dan pelaburan untuk menyesuaikan dengan keadaan semasa, melalui penekanan terhadap insan dalam meneruskan pembangunan yang mampan dan inklusif, serta memberi keyakinan bahawa tiada orang akan ditinggalkan dalam arus pembangunan tersebut.

PRIORITY AREA 2: Inclusive Economic Participation through Digital Economy and Technology

Revolusi teknologi merupakan perubahan yang perlu diterima dengan terbuka dan ia berupaya memberikan peluang untuk keterlibatan ekonomi yang inklusif, bukan sahaja eksklusif kepada golongan muda, malah semua peringkat masyarakat, terutamanya daripada luar bandar dan kawasan pinggir bandar.

Bidang keutamaan ini akan memfokuskan kepada pemerkasaan wanita, pembangunan belia, kualiti hidup untuk warga emas dan persekitaran perniagaan yang kondusif untuk industri mikro, kecil dan sederhana serta perusahaan sosial dan start-ups. Inisiatif-inisiatif yang relevan akan dijalankan untuk membolehkan kumpulan-kumpulan sasaran untuk menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi menerusi penggunaan ekonomi digital dan teknologi. Di antara isu-isu yang akan diketengahkan ialah ketersediaan kumpulan-kumpulan sasaran ini untuk menghadapi perubahan yang akan dibawa oleh Revolusi Industri ke-4.

BIDANG KEUTAMAAN 3: Driving Innovative Sustainability

Bagi Bidang Keutamaan ini, fokus akan diberikan kepada bagaimana amalan inovatif boleh menyumbangkan kepada pembangunan mampan sebagai nilai tambah kepada amalan sedia ada dalam penggunaan tenaga, pengurusan sisa buangan dan makanan. Topik yang akan diketengahkan ialah circular economy, melibatkan penggunaan inovasi untuk pengurusan bahan buangan dan kitar semula yang lebih efisien bagi menukar bahan buangan kepada produk yang mempunyai nilai komersial untuk menjana kekayaan.

X