Persekitaran Pelaburan yang Kondusif

Malaysia menawarkan para pelabur sebuah persekitaran yang mempunyai ciri-ciri ideal untuk pertumbuhan dan keuntungan. Antara kekuatan Malaysia terletak pada infrastruktur yang lengkap dan tenaga kerja yang produktif. Sebagai sebuah negara yang mempunyai persekitaran politik yang stabil dengan sistem perundangan yang lengkap, Malaysia turut menawarkan insentif yang menarik bagi para pelabur. Disokong dengan polisi-polisi Kerajaan yang berorientasikan pasaran dan mesra perniagaan, Malaysia merupakan lokasi yang tepat untuk pelaburan.

Sokongan daripada polisi-polisi kerajaan seperti:

  • Polisi-polisi yang pro-perniagaan
  • Kerajaan yang responsif
  • Polisi pelaburan yang liberal
  • Insentif cukai yang menarik
  • Rejim kawalan pertukaran yang liberal
  • Perlindungan hak intelek

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari MIDA

X