Sebagai sebuah negara perdagangan yang ternama, Malaysia telah berkembang pesat di dalam tempoh lima dekad yang lepas. Bermula sebagai sebuah ahli ekonomi yang mengeksport bahan komoditi, Malaysia kini bukan sahaja merupakan salah sebuah negara perdagangan yang tersohor di seluruh dunia, malah terkenal sebagai salah sebuah negara yang paling mesra perdagangan di peringkat antarabangsa.

Eksport Malaysia ke destinasi seluruh dunia merupakan pelbagai jenis produk dan perkhidmatan yang menepati standard dan piawaian antarabangsa. Selain daripada berinovatif dan berteknologi tinggi, rangkaian produk dan perkhidmatan Malaysia juga terkenal dengan kualiti yang unggul dan dipercayai.

Tahun demi tahun, Malaysia telah menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global, membolehkan negara untuk menjadi antara pengeksport utama bagi semikonduktor, bahan produk kimia, peranti perubatan, makanan diproses, bahan binaan bangunan, kesihatan, pendidikan, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan perkhidmatan kejuruteraan.

Dalam laporan global Doing Business 2020 oleh World Bank, Malaysia Berjaya menduduki tangga ke-12 bagi kemudahan menjalankan perniagaan daripada 190 ekonomi yang ditinjau di dalam kaji selidik tersebut (peningkatan daripada tangga ke-20 pada tahun sebelumnya).

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai aktiviti berkaitan perdagangan, sila layari laman-laman sesawang berikut: MOF, MEA, MED, MOA

X