Sejak berabad lalu, Malaysia telah mendapat faedah daripada lokasinya yang strategik bagi perdagangan di antara Timur dan Barat, yang berterusan sehingga ke abad ke-21. Diberkati secara geografi, Semenanjung Malaysia terbentang sepanjang jarak Selat Melaka, iaitu salah satu laluan perkapalan yang terpenting di dunia. Dengan memanfaatkan lokasi tersebut, Malaysia telah mampu mengubah ekonominya daripada berasaskan agrikultur dan perlombongan pada awal tahun 70-an kepada sebuah negara yang berpendapatan pertengahan atas dan berdaya saing. Kini bidang perkhidmatan dan pembuatan menjanakan 75.8 peratus GDP (55.5 peratus oleh perkhidmatan dan 20.3 peratus dalam pembuatan pada tahun 2018).

Unjuran GDP Malaysia bagi tahun 2019 ialah di antara 4.3 – 4.8 peratus. Pada tahun 2018, pertumbuhan GDP Malaysia ialah pada 4.7 peratus; nilai GDP tahun 2017 merupakan 5.9 peratus, manakala GDP tahun 2016 berada pada 4.2 peratus. Ekonomi Malaysia merekodkan purata pertumbuhan tahunan sebanyak 5.0 peratus bagi tempoh 2015 sehingga 2018.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari MIDA

Kedudukan 10 Teratas Negara Eksport Terbesar, 2019

X