PAMERAN #MyAPEC2020

Bersempena dengan APEC 2020, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia  (MATRADE) menganjurkan Pameran  #MyAPEC2020, yang menawarkan pameran, perniagaan, perjumpaan di antara para peniaga dan juga seminar yang dijalankan sepenuhnya secara maya.

Program ini mempamerkan produk dan servis daripada lebih 300  peserta dari Malaysia dan ekonomi-ekonomi APEC yang lain. Pameran #MyAPEC2020 fokus kepada lapan sektor iaitu:

  • Teknologi;
  • Inovasi Makanan dan Minuman serta Agromakanan
  • Teknologi dan Tenaga Hijau;
  • Penjagaan Kesihatan;
  • Perkhidmatan Profesional dan Perniagaan;
  • Pengangkutan dan Logistik;
  • Gaya Hidup; dan
  • Bahan Binaan.

Pameran #MyAPEC2020 merupakan platform yang untuk para perniagaan bertemu dan berinteraksi  dengan bakal  pembeli ataupun rakan kongsi, meneroka perkara-perkara baru di dalam industri, meningkatkan pengetahuan menegenai jenama-jenama terkini, dan menimba pengetahuan bagi mengadaptasi diri dengan perhubungan maya.

Pameran ini sedang berlangsung secara maya sehingga 31 Disember 2020 dan  boleh diakses melalui  http://myapec2020.matrade.gov.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pameran #MyAPEC2020, sila hubungi myapec2020@matrade.gov.my.

Sila tekan link dibawah untuk mencapai  Pameran #MyAPEC2020

http://myapec2020.matrade.gov.my

#MyAPEC2020

Success Stories of SMEs

Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.

X